Tuesday, 31 July 2012

Little things about me.

Assalamualaikum & Hye :)


Haaaaaaaaa...tarik nafas lega jap. Hehe. Barulah ada kesempatan meng-hupdate blog *macamlah ada orang yang sudi mau baca kan :P . Hari ni tiada post bergambar, tapi cuma mau bercerita tentang diri saya *sudah entri 'little things about me', mestilah pasal saya kan? Ok ok. Let's get started! :D


Dalam keluarga saya, cuma saya dan kembar ja yang perempuan. Yang lain tu, sah-sah lah kan lelaki. Kami cuma ber4 ja. 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Walaupun saya ada kembar, tapi minat kami berbeza. Kembar saya minat dalam bidang photography, sementara saya pula, dalam bidang masakan :). Kembar saya cakap, mungkin saya ni ikut sebelah ayah saya. Sebab apa? Sebab nekwan saya memang terer tahap gaban kalau bab-bab memasak ni. Tiada siapa yang dapat menafikannya. Dasyhat ka nda? Hehe. Macik sebelah ayah saya pun minat bab-bab memasak ni. So, pendek kata, saya lebih ke arah mereka lah.


Ada satu peristiwa yang mungkin jadi penyebab saya ketagih dalam bidang ni. Kalau dulu masa masih sekolah, antara saya dan kembar, ibu selalu panggil saya ke dapur untuk tolong dia. Goreng ikan lah, masak sayur lah, potong bawang lah, tumbuk bawang lah, masak nasi lah. Sementara kembar pula, hmmm..rilek ja dalam bilik/ruang tamu. Dialognya lebih kurang macam ni lah~


"Adek....oh adek, sini dulu tolong ibu tengok-tengok kan ikan goreng ni, ibu mau solat sekejap dulu"

"Adek, sini dlu tumbukkan bawang ni untuk sayur punya~"

"Adek, nasi sudah masak kah? masak dulu.. nanti kelam kabut lagi nasi belum masak~"

"Adek, kupaskan dulu bawang-bawang, ibu mau guna~"

Memang dalam rumah tu, femes dengan nama saya lah ==' . Sama juga bila datang melawat rumah nekwan. Saya lebih suka menyibukkan diri di dapur, tolong nekwan buat itu, buat ini. Lebih-lebih lagi kalau masa tu nekwan ada buat kuih. Huih. Sambil tolong, sambil masuk dalam mulut juga lah :P.  

Rancangan kegemaran? Sudah semestinya lah 706 dan 703! Jangan tanya kenapa. Hehe. Dari rancangan tu, saya banyak dapat tips yang berguna. Dan dari tips itulah yang saya akan aplikasi kan dalam minat saya ni. Selain daripada apa yang saya telah pelajari masa saya belajar di Politeknik Kota Kinabalu...:)

Raya kali ni adalah raya yang pertama kali buat saya untuk sediakan biskut raya dan ambil order biskut raya juga! Rancangan sebenarnya cuma mau ambil order untuk kek raya nanti, tapi nda tau macam mana boleh tertukar jadi biskut raya pulak ==' . Tapi x mengapalah, cari pengalaman dulu. :)

Saya akan teruja bila bercakap mengenai makanan. Haha. Percaya atau tidak. Itulah saya. :P Rasanya sampai sini saja dan akan di sambung pada bila-bila masa sahaja. Hehe.

Assalamualaikum~




Arigato for your time! :)

Thursday, 26 July 2012

Puding Karamel

Assalamualaikum & Hye :)


Syukur alhamdulillah, hari ni puasa yang ke-6 dah kan. Masih lagi di beri peluang untuk menjalani ibadah puasa. Walaupun kadang-kadang, perut ni dari tadi ja menyanyi-nyanyi. Hehe. Cobaan~ Hari ni saya mau kongsi satu pencuci mulut yang memang all time feberetlah. Tiap kali puasa, mesti kembar akan cari benda ni. Sekali beli bukannya satu, tapi sampai 4 5 potong ok. Huh. Betapa hebatnya penangan benda tu kan. 


Puding ni memang sedap kalau makan sejuk-sejuk. Memang perghh lah. Hehe. Tapi puding yang saya buat ni agak keras sedikit, kembar saya cakap lah dan manis sedikit dari yang selalu dia beli di bazar. Hmm. Over kukus mungkin. Nda pa. Akan di perbaiki nanti. :)


Oh. Resepi? resepi ni saya dapat dari SINI. Sebenarnya, saya mau buat puding ni yang tanpa telur. Maknanya hanya pakai serbuk agar2 jak. Tapi, tapi memandangkan serbuk agar-agar pun tiada di rumah, terpaksa pakai telur jugalah. Part yang saya paling paling takut masa buat puding ni, ialah part buat caramelnya tu. Haha. Maklumlah masa puasa kan, mana lah dapat agak sangat rasa gula tu. Terhangus kah, apa kah. Tapi alhamdulillah, menjadi juga lah gula hangus saya tu. ;)


Bulan puasa ni lah yang syiok kalau pekena puding karamel ni. Fuhh. Hehe. So, jangan lupa untuk mencuba. Resepinya pun mudah jak. :)


Arigato for your time! :)



Monday, 23 July 2012

Snow Almond

Assalamualaikum & Hye :)


Salam ramadhan :) . Puasa ka nda? Saya alhamdulillah hari ni boleh puasa dah. Hari ni cuma mau berkongsi resepi biskut kegemaran saya dan kembar. Hehe. 1st time rasa ni biskut masa saya masih sekolah menengah lagi. Emm, pendek kata lah masa tu saya dan kembar mau balik ke asrama, so rutin tapau menapau ni memang dah jadi kebiasaan kami. Hehe. Bekalan untuk di asrama lah katakan ;P . Tengah sibuk-sibuk cari mangsa tapauan kami, tertengok lah si Snow Almond ni. Aha. Sepantas kilat ja kami bungkus masuk dalam bekas. Haha. ;P




Biskut ni konfem masuk dalam senarai 'biskut-biskut yang mesti ada untuk hari raya'. Hehe. Sekali makan, konfem 2 3 ketul lagi masuk dalam mulut. Haha. 



Yang pasti kali ni NO MORE BISKUT TUNJUK! Maklum lah selama ni kan saya kan di asrama, tiada kesempatan pun mau buat biskut raya sendiri. Ibu pun sibuk, mau harap kembar? Hmm, jawabnya biskut tunjuk jugalah.


Sebenarnya, ini lah kali pertama saya buat biskut ni. Hahaha. Penat lah juga buat biskut ni. Lagi-lagi part yang celup kukis ni dalam dark chocolate tu. Dan part yang best ialah part masukkan biskut dalam mulut. Kan? kan? Hehe ;D. Oh ya, resepi biskut ni saya culik dari SINI. Resepinya pun simple jak. Thanks ya kak untuk resepi biskut ni. :)


Apa-apa pun, jom selak resepi dulu! ^^,


Bahan A 

250 gm  mentega ( saya guna unsalted Anchor )
150 gm  gula kastor
1 biji    kuning telur
1 tsp     esen vanila

Bahan B

350-400 gm  tepung ( saya guna 380gm tepung )
50 gm          serbuk badam
50 gm          serbuk nestum ( saya xletak )
1 tsp            emplex

Coklat masakan secukupnya
Bread crumb secukupnya

Cara-cara :

1. Pukul bahan A sehingga sebati. *xperlu lama
2. Satukan serbuk badam, nestum dan emplex dan masukkan dalam adunan. *sebatikan
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli dan di terap. *tambah sedikit demi sedikit kalau adunan masih lembik.
4. Canai dan terap dengan acuan yang di sukai.
5. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 160C - 180C selama 20 minit @ sehingga masak. *saya guna 165C untuk 25 minit.
6. Sejukkan biskut atas redai.
7. Simpan dalam balang dan boleh lah di celupkan ke dalam coklat yang telah di cairkan. 
8. Dan golek-golekkan di atas breadcrumb.

~The End~

Selamat mencuba!

Arigato for your time! :)



Thursday, 19 July 2012

Kek tapak kuda nutella

Assalamualaikum & Hye :)


X lama lagi mau puasa kan? Hmm.. Sudah sedia kah belum? Hehe. Apa-apa pun semoga bulan ramadhan tahun ni dapat di lalui dengan penuh kesabaran dan penuh rahmat. Aminnn. :)


Bercakap tentang bulan ramadhan ni, saya mau kongsi satu resepi kek yang memang popular di Brunei. Di kampung saya pun kek tu memang MOST WANTED lah. Yalah, majoriti penduduk kampung tu pun orang bangsa brunei juga. Kalau di hidang di meja, konfem x sampai seminit pinggan bersih. Hehe. Hebat kan penangan kek tu :D.


Raya tahun ni saya dah memang berhajat mau buat kek tapak kuda tu. Keh keh keh. Disebabkan saya betul-betul mau mencuba buat kek tapak kuda ni, akhirnya... Saya jumpa pun resepi yang hanya untuk skala kecil jak. :) Resepi tu saya culik dari SINI .



1st time buat kek ni memang nebes habis. Mau tau kenapa? Sebab masa kek ni tengah mengembang, kembar saya sempat cakap ' jung, kenapa kembang betul kek mu ni? ', untuk sedapkan hati sendiri saya pun balas lah ' ooo, memang tu gitu..nanti dia turun balik lah tu kalau sudah sejuk '. Hehe.


Alhamdulillah, menjadi pun kek tapak kuda ni. ^^, Bagi yang mau tahu macam mana buat kek ni step by step, boleh rujuk SINI.



Apa-apa pun, jom selak resepi! ^^

Kek Tapak Kuda Nutella

3 eggs
2 egg whites
115 gm  castor sugar
1⁄2 tbsp  ovalette
55 gm   cake flour
1⁄2 tsp  baking powder
70 gm  melted butter
1 tsp   vanilla essence
1⁄2 tsp  chocolate emulco
Nutella

Procedure :

1. Whisk sugar, eggs and ovalette at a low speed, then on medium for about 8-10 mins, until thick and fluffy.

2. Add in flour and baking powder, and beat until well combined well. Mix in melted butter and vanilla essence.

3. Divide the batter into two, and add chocolate emulco to one half. Pour the chocolate batter evenly into a lined and greased 10-inch square pan.

4. Scoop the plain batter into a piping bag and pipe plain batter evenly over the chocolate batter, being careful not to mix the two.

5. Bake in the preheated oven at 180C for 20-25 mins.

6. Cool slightly, and remove cake from the pan. Spread nutella over the chocolate side while it's still warm.

7. Cut the into two, and gently fold over lengthwise.


~ THE END~

Selamat mencuba!

Arigato for your time! :)

Monday, 16 July 2012

Chocolate Banana Indulgence

Assalamualaikum & Hye :)


Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to ibu
Happy birthday to you....

Happy birthday IBU!!! ^^

Selamat hari jadi ibu! Kelmarin hari jadi ibu saya yang ke-53. Dengan itu, maka terhasil lah sebuah kek yang bernama CHOCOLATE BANANA INDULGENCE. Hehe. 

Saya : Ibu,ibu..ibu mau kek apa nanti? Biar nanti adek buatkan.
Ibu   : Emm..apa2 jak lah dek.
Saya : Betul ni???
Ibu   : Iya bah.
Saya : Bah yala. Adek buat kek banana indulgence ya bu, yang macam adek kursus hari tu
Ibu   : Ibu tu mana2 ja.
Saya : :)

Kek ni memang super duper sedap lah. Simple jak. :) Kek ni ikhlas & khas untuk ulang tahun ibu saya. Hehe. Tapi,tapi kan..dalam proses pembuatan kek ni, saya telah berjaya mengatasi beberapa masalah. ;)

1. Saya dah pandai buat kek span. Haha.
2. Saya berjaya buat tiga lapis untuk kek ni. Haha

So, lepas ni. Bila-bila masa ja saya boleh buat kek span. Kan,kan. ;D


Masa saya buat kek ni, tuhan ja yang tahu macam mana hamburnya dapur tu saya kerjakan. Maklumlah ni 1st time saya buatkan ibu saya kek hari jadi. Selalu nya main beli di kedai jak. Hihi.


Tapi, yang saya sedih. Saya masih fail masa beat whipped cream tu. Saya ter'over beat. Dan hasilnya, jadilah ia berketul-ketul. Macam dalam gambar tu lah. 




Apa-apa pun, jom selak resepi dulu. Oh ya, resepi ni resepi yang saya guna masa saya ikut kursus bakeri waktu saya belajar di Politeknik Kota Kinabalu :)


Chocolate Sponge

150 gm  Flour
50  gm  Cocoa powder
3/4tsp  Baking powder

6 nos    Eggs
90 gm   Water
200 gm Castor sugar
25 gm   Ovalette
A pinch of salt

*100 gm Butter (melted)

Procedures:

1. Pre-heat the oven at 180C. Prepare a mould for sponge cake.
2. Scale all ingredients accurately.
3. Combine the flour, cocoa powder, baking powder, eggs, water & salt in a mixing bowl.
4. With a wire whip, beat the mixture at the low speed around 2-3 min
5. Increases to the high speed and beat until they are very light & thick. This may take as long as 8-10 min.
6. Slow the speed, add in the melted butter.
7. Using the rubber spatula, fold gently until the butter well blend. (do not overmix)
8. Immediately pan & bake.

Chocolate Glaze

500 gm  dark chocolate
500 gm  double cream
50 gm    butter

*boil double cream & butter, add in chopped dark chocolate. Stir until smooth & shining.

Senang kan? Hehe. Selamat mencuba! :)

Arigato for your time! :)

Friday, 13 July 2012

Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum & Hye :)


Wah wah, pagi2 buta lagi sudah on9. Hehe. Mana tidak, jam6 lebih lagi saya sudah bangun. Kenapa? sebab misi semalam belum terlangsai lagi. Haha ;P. Yang saya maksudkan misi tu, sebenarnya misi buat shell blueberry cheese tart ni. Hehehe.. Ok ok, sebenarnya saya dapat order lagi. 


1. 200 biji apam polka dot *see, apam ni memang femes di kalangan cikgu2 ;D
2. 100 biji blueberry cheese tart.


Semua ni saya buat seorang2 ja. Macam biasalah. Hehe. Tapi Alhamdulillah, rezeki :)





Tapi yang lucunya, macam mana saya boleh salah kira jumlah tart tu. Nasib baik dapat cover. Hehe :P








Blueberry Cheese Tart


Shell


500 gm tepung gandum
300 gm mentega
150 gm gula aising
1 tsp    esen vanilla
1 biji   telur


Filling


250 gm cream cheese
30 gm   mentega
50 gm   gula aising
20 gm   tepung jagung
1 biji    telur
100 gm  blueberry filling ( bergantung pada penggunaan )


Cara-cara:


Shell
1. Campur tepung + butter (guna kaedah 'rubbing method')
2. Setelah adunan tepung+butter menjadi seperti serbuk roti, masukkan gula aising + esen vanilla + telur. Gaul sehingga menjadi doh.
3. Rehatkan doh dalam chiller.


Filling
1. Pukul cream cheese + butter sehingga gebu.
2. Setelah gebu, masukkan gula aising + tepung jagung + telur. Pukul sehingga sebati dan smooth.


* Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit.


Resepi ni sebenarnya resepi asal yang saya gunakan masa saya ikut kursus di Politeknik Kota Kinabalu :) . SELAMAT MENCUBA!


*Arigato for your time! :)

Apam Polka Dot

Assalamualaikum & Hye :)


Ehem.ehem..alhamdulillah, saya dapat order lagi untuk buat apam polka2 dot ni. Apam polka2 dot ni memang femes di sekolah ibu saya. Terutama sekali cikgu2nya lah. Hehe. Kemarin ja, saya kena buat 300 biji apam polka dot ni. Buat pun seorang2 ja. Kembar xdapat tolong. Haih, nasib badan lah kan. ==' Sebenarnya, jumlah apam tu xadalah sampai 300 biji yang saya kena buat. Sebabnya, 100biji untuk cikgu ibu saya, 100biji lagi untuk kembar saya. Tiba-tiba, ibu saya datang..dan..jumlah pun berubah ><'


Ikuti sesi dialog si anak & si ibu =='

Ibu    : adek, yang apam ni..sekali untuk cikgu ibu kan juga?
Saya  : maksud ibu?? kan adek memang buatkan untuk cikgu ibu.
Ibu    : yalah, ada 2 orang kan cikgu ibu yang order apam ni untuk esok.
Saya  : lahhhh..napa ibu nda cakap awal2, adek sangka 1 orang jak cikgu ibu yang order.

Ibu    : ndalah, 2 orang bah..
Saya  : bah2, yalah..nanti adek buatkan lagi 100 biji apam tuk cikgu ibu tu --'
Ibu    : okay, kesian cikgu ibu tu..dari hari tu lagi tanya2 dengan ibu pasal apam ni.
Saya  : yes bos!


Kan,kan,kan..jumlah apam tu berubah sebaik ja ibu masuk dapur. Tapi nasib baik jugalah ibu masuk dapur, kalau tidak..kesian cikgu tu. Hehe..




Ini lah rupa order 300biji apam polka dot tu ^^,



Ha, ini rupa apam untuk cikgu yang dalam dialog tu ;P



Ni pula, apam untuk kerani ibu. Apam ni jauh diterbangkan untuk anaknya yang di semenanjung :3



Yang last ni pula, order kembar saya untuk kawan2nya. Kaya filling. ^^

Sekian saja untuk siaran hari ini. Ececeh. Hehe.

*Arigato for your time! :)


Thursday, 12 July 2012

Still newbie

Assalamualaikum & Hye :)


Finally, terbuat jugalah blog kepunyaan sdn bhd ni ya. Hehe. Ok ok. 1st of all, blog saya ni memang simple mimple habis lah. Tapi,tapi akan di upgrade masa akan datang, insyaallah :)


Harap dapat berkongsi banyak maklumat & info terutama sekali pasal masakan. Hehe. Sebab itu lah header saya ' Izzi's Passion '. Minat utama saya lebih kepada masakan, lebih-lebih lagi pasal pastri. Blog ini pun terbuat sebab 'terpengaruh' dengan blog-blog masakan yang memang otai lah. Dahlah blog-blog dorang cantik+cute+kemas, ditambah lagi dengan gambar-gambar masakan mereka yang sedap dan cantik, memang CLASS lah! ;D


Apa-apa pun, 


Saya budak baru belajar, kalau salah tolong betulkan ;)


*Arigato for your time!